Followers

Wednesday, October 28, 2009

Nilam PPKI April 2009




Sekitar Program Nilam 1 yang diadakan pada bulan April.Program Nilam bagi PPKI ialah pelajar diberikan petikan mengikut tahap dan pelajar akan membaca.Pencapaian dikira berdasarkan kelancaran,sebutan dan intonasi serta diakhiri dengan pemahaman terhadap petikan.Program Nilam April ini telah di adakan di Perpustakaan Awam Sg Besar.Program ini diadakan secara tertutup.Gelagat pelajar yang mempunyai pelbagaikategori ini mencuit hati guru-guru.Tahniah diucapkan kepada pemenang dan syabas kepada guru-guru kerana dapat melaksanakan tugas kita.Semoga anak didik kita menjadi insan yang berguna.Mereka adalah insan istimewa dan menjadi terlalu istimewa kepada kita.

Hari Anugerah PPKI SMK Sg Besar 2007


Gambar-gambar ini telah diambil pada tahiun 2007.Iaitu sempena Hari Anugerah PPKI.Pada hari itu pelajar-pelajar telah mendapat hadiah kerana peningkatan mereka dalam pelajaran.Selain daripada itu pelajar juga membuat beberapa persembahan seperti Nasyid dan Dikir Barat.Sesetengah pelajar ini telah melanjutkan pelajaran ke SMK Teknik Pend Khas dan SMKV Pend Khas.

Projek Masakan Bulan Puasa lalu.






Ini adalah gambar-gambar projek bulan puasa yang lalu. Kami guru-guru dan pelajar-pelajar MPV2 dan 3 membuat kuih siput,kek, biskut suji dan biskut aiskrim. Sebelum bercuti untuk beraya kami telah mengedarkan kuih-kuih tersebut kepada pelajar-pelajar dan yang selebihnya kami makan semasa jamuan hari raya.Projek ini memberi manafaat kepada pelajar-pelajar kami.Projek ini akan diteruskan ketahun hadapan insyaallah.

Projek Tanam semula kunyit

Dua minggu lepas saya,pn mahanom,pn zaizura, dan ppm zana,ros, dan lin sama dengan pelajar-pelajar MPV2 dan MPV3 serta PV1 dan PV2 buat projek tanam semula kunyit.Maklumlah pokok dah tua-tua.Kami pun mengubah dan menanam semula.Ini gambar-gambar berkaitan.